Saturday, August 20, 2011

MESTI BACA!! amalan yahudi dan kristian dalam islam

 BERBUKA PUASA SEPERTI YAHUDI 
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.

 Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.(al-Bukhari & Muslim)
sunnah berbuka dengan kurma
Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka.
Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian. 
Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.
sumber.... 

NIKAH DI MASJID AMALAN KRISTIAN DAN YAHUDI?
 Dato ahmad jusoh yang merupakan ahli majlis fatwa Perlis ada menyatakan bahawa pernikahan di masjid merupakan amalan kristian dan meniru yahudi..Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka...kenyatan yang dikeluarkan oleh Dato Ahmad Jusoh menjadi persoalan oleh kebanyakkan pihak..walaubagaimanapun, kenyataan yang di keluarkan oleh beliau dikatakan bersifat pandangan peribadi sahaja.. malah, mufti Kedah, Perak dan Perlis menjelaskan bahawa taiada larangan untuk bernikah di masjid kerana masjidlah merupakan tempat yang paling suci di muka bumi...namun apa yang bercanggah di dalam islam apabila menjadikan masjid sebagai tempat pemujaan dan meletakkan gambar2 serta lilin seperti amalan kristian...selain itu ape yang dilarang juga apabila mengkhususkan pernikah itu seharusnya di lakukan di masjid.....so harap2 kita dapat faham mengnai isu yang telah di bangkitkan... 
sumber.....

AMALAN YAHUDI TERIMA BERITA KEMATIAN

   Bagi orang Islam, apabila terdengar kematian, kita digalakkan untuk menyebut suatu doa yang berbunyi “innalillahi wainna ilaihi raaji’uun….”. Kalimah ini biasa kita sebut dan amat sinonim dengan kematian walaupun ianya boleh dibaca untuk tujuan-tujuan lain.
Memandangkan kalimah ini sering disebut ketika mendengar berita kematian maka kebanyakan orang Melayu akan berasa janggal jika menyebut kalimah ini untuk tujuan-tujun lain.
Bagi masyarakat Yahudi pula, jika terdengar kematian yang berlaku ke atas orang-orang Yahudi seperti mereka, mereka akan menyebut “Baruch dayan emet”.
PENGKEBUMIAN MAYAT AMALAN YAHUDI
Setiap penganut agama Judais yang mati akan diuruskan oleh suatu kumpulan yang digelar Chevra Kadisha. Kumpulan ini bertanggungjawab mengurus segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan mayat seperti pembelian kain kafan, tempat letak mayat, keranda, penyediaan ruang kubur, pemandian mayat, pengkafanan dan sebagainya.

Rechitvah dan Taharah -Memandi  jenazah dan Mewangikan

Tindakan pertama yang dilakukan oleh Rabbi dari Chevra Kadisha ialah membersihkan seluruh anggota mayat dengan memandikannya. Proses memandikan mayat ini dipanggil Rechitvah. Mayat lelaki akan dimandikan oleh orang lelaki dan mayat perempuan dimandikan oleh orang perempuan.

Selepas mandi dan dikeringkan badan mayat, proses seterusnya ialah Taharah (mewangikan mayat). Semasa proses ini, rabbi akan meletakkan badan mayat dengan wangi-wangian agar bau badan mayat tidak menganggu ahli keluarga dan tetamu yang hadir.

Halbashah-Mengkafan
Selepas dimandi dan diwangikan, mayat akan dikafankan dengan menggunakan baju khas berwarna putih yang dipanggil Tachrichim berserta sehelai selendang bernama tallit. Tallit adalah sejenis selendang yang berwarna putih seakan-akan kain tuala kecil yang panjang.
Selepas proses halbashah, mayat akan diletakkan terus di dalam keranda.


(Gambar) Kawasan perkuburan Yahudi di Jalan Yahudi, Georgetown, Pulau Pinang. Kawasan ini agak terselindung dan dikelilingi tembok konkrit setinggi 6 kaki.
 
Kevura -Pengkebumian
Selepas mayat dimasukkan ke dalam keranda, ianya akan dibawa ke kawasan perkuburan berdekatan. Di Israel, tanah-tanah perkuburan kebanyakan tidak dibina berdekatan synagogue (kuil Yahudi).
Biasanya individu yang hadir semasa pengkebumian adalah ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali si mati. Mereka tidak sama-sama meletakkan keranda di dalam lubang kubur kerana ianya dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.
Selepas pengkebumian, batu nisan atau di dalam bahasa Hebrew dipanggil Matzevah akan diletakkan di atas tempat yang ditanam. Urusan meletakkan Matzevah juga dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.

   Jika dilihat pada tatacara amalan pengkebumian mayat, terdapat beberapa bahagian yang kelihatan hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh umat Islam. Ini bukanlah bermakna kita umat Islam telah meniru amalan Yahudi, ini bermaksud kaum Bani Israel lebih dahulu melakukan hal-hal demikian sebagai mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob.
Hal ini telah dinyatakan Allah di dalam surah an-Nal (ayat 123) yang bermaksud;
   
      “Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.”

TUDUNG KEPALA BERASAL DARI BIBLE
 
  Seperti yang sudah saya maklumkan, pemakaian tudung kepala bagi wanita adalah bukan sebahagian daripada ajaran Nabi dan tidak didapati di dalam al-Quran. Ia adalah suatu kepercayaan dan amalan yang diambil oleh sarjana-sarjana Islam yang awal daripada kitab Bible Kristian. Sekali lagi ini menunjukkan dengan jelas toleransi yang tinggi dalam penerimaan oleh sarjana-sarjana Islam dan umat Islam terhadap ajaran yang diambil daripada Bible Kristian.
Pemakaian tudung kepala bagi wanita adalah daripada kitab Bible, 1 Korintus, Bab 11:
[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menhina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.
[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.
[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?
Maka perintah untuk wanita supaya menutup kepala mereka adalah daripada Bible.
Selain daripada menutup kepala bagi perempuan, amalan-amalan kita yang lain seperti:
ii.     khatan bagi lelaki
iii.    hukuman melempar batu sehingga mati untuk zina
iv.    hukuman melempar batu sehingga mati untuk murtad
v.     menyimpan janggut untuk lelaki
vi.    pengharaman ke atas banyak daripada makanan
vii.   kepercayaan menggantung tulisan-tulisan suci di dinding
viii.   kepercayaan bahawa perempuan dicipta daripada lelaki
ix.    pungutan zakat

patung lengkap
x.     hukum melarang imej yang terukir seperti patung, ukiran dan lain-lain yang melambangkan bentuk mausia dan haiwan hidup
xi.    hukum agama bahawa rohani perempuan dalam haid adalah kotor
xii.   sebutan restu "Amin" yang menjadi ritual di masjid-masjid
xiii.   konsep "aqidah" sebagai iman
xiv.   korban haiwan "aqiqah" untuk kelahiran anak-anak
xv.    perayaan Aidilfitri setelah tamat Ramadan,
 .... ada ungkapan begini.... setuju tak?
>>> Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya,
nak tahu kenape? >> sebab2nya :-
Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..
Mana ada selepas habis merokok orang ucap ALHAMDULILLAH..
- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan.
- Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi.

- Mengepit dua jari pada rokok adalah perlambangan salib.
rokok senjata yahudi

kamarudin2u- Aku ingatkan television yang jadi senjata yahudi paling bahaya sebab x semua org merokok tapi hampir semua orang tengok tv dan kebanyakan masa kita lalai bila tengok tv...banyak amalan yahudi dan kristian kat negara kita ni

1 comment: