entry nie di re-entry kan sebagai tanda sokongan pemilik blog terhadap HIMPUNAN SEJUTA UMAT..menyelamat akidah..kisah sedih wanita Belanda bernama NATRAH
Natrah tidak asing kepada mereka yang cintakan Islam bukan saja di negara ini bahkan umat Islam di seluruh dunia juga. Tragedi yang menimpa dirinya dan juga gara-garanya menjadi lambang kepada betapa pengorbanan umat Islam dalam membela agamanya terlalu tinggi dan luhur. Umat Islam bukan saja sanggup melakukan apa saja, hatta darah untuk menjaga kesucian agamanya sanggup digadai.
Tragedi yang berlaku di sebalik pencaroba dilalui Natrah adalah satu simbol dan papan tanda sejarah untuk umat Islam negara ini khususnya, yang mungkin sengaja dicetuskan Tuhan dengan tujuan-tujuannya yang harus ditafsirkan dengan makrifah mendalam. Justeru apa yang berlaku di sebalik diri Natrah tidak boleh dilupakan atau dihayati bagaikan menelaah buku sejarah saja. Ia perlu diingat dan diambil sebagai iktibar berguna.
Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.
Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kg Banggol, Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.
Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.Kehidupan aman bahagia yang dilalui Nartrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus sekembali ke Belanda mencari anaknya dan menuntut semula agar ia dikembalikan kepadanya. Di sinilah Natrah mula menjadi isu, polemik dan juga akhirnya mencetuskan tragedi berdarah.
Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Mansor.
Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.
Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Sepanjang di Belanda tidak ada siapa tahu secara pasti apakah beliau berusaha untuk meloloskan diri dan kembali kepada kebahagiaan hakiki yang dinikmati di Malaya bersama Che Aminah dan Mansor Adabi serta bersama umat Islam lain. Namun surat-surat atau pesan-salam yang berlaku antara mereka menggambarkan bahawa hati Natrah masih di Malaya
Dari catatan dan laporan mengenai perjalanan hidupnya di Belanda, ia adalah berita-berita yang mengguriskan hati menyedih. Hidup Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak.
Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak.
Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
dan pada 9 julai 2009 natrah meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat leukimia
sumber-disini
sumber-disini
sumber-disini
kamarudin2u-sejarah natrah mungkin berulang-natrah semadilah dalam aman
Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.
Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.
Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.
Bertha Hertogh |
Tragedi yang berlaku di sebalik pencaroba dilalui Natrah adalah satu simbol dan papan tanda sejarah untuk umat Islam negara ini khususnya, yang mungkin sengaja dicetuskan Tuhan dengan tujuan-tujuannya yang harus ditafsirkan dengan makrifah mendalam. Justeru apa yang berlaku di sebalik diri Natrah tidak boleh dilupakan atau dihayati bagaikan menelaah buku sejarah saja. Ia perlu diingat dan diambil sebagai iktibar berguna.
Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kg Banggol, Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.
Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.
Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Mansor.
Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam.
Keputusan mahkamah ini meninggalkan rasa pedih dan satu tamparan kepada umat Islam. Bagi Che Aminah dan keluarganya usahlah diceritakan lagi. Anak yang selalu didodai dan dijaga bagaikan meruntun kelopak yang sedang berkembang mewangi, kehilangan Natrah.
15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.
Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Sepanjang di Belanda tidak ada siapa tahu secara pasti apakah beliau berusaha untuk meloloskan diri dan kembali kepada kebahagiaan hakiki yang dinikmati di Malaya bersama Che Aminah dan Mansor Adabi serta bersama umat Islam lain. Namun surat-surat atau pesan-salam yang berlaku antara mereka menggambarkan bahawa hati Natrah masih di Malaya
Dari catatan dan laporan mengenai perjalanan hidupnya di Belanda, ia adalah berita-berita yang mengguriskan hati menyedih. Hidup Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak.
Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak.
Natrah dan Fatini |
dan pada 9 julai 2009 natrah meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat leukimia
NATRAH-Handy Black
sumber-disini
sumber-disini
sumber-disini
kamarudin2u-sejarah natrah mungkin berulang-natrah semadilah dalam aman
iklan |
No comments:
Post a Comment