Saturday, July 23, 2011

Dah ganti posa?!!..

Saya telah ketinggalan membayar puasa wajib tiga tahun yang lepas selama 10 hari. Saya tidak mampu untuk membayar dalam bentuk berpuasa jadi saya ingin membayar fidyah.Apa yang saya ingin tanyakan pada ustaz adalah berapakah nilai yang saya perlu bayar sekiranya saya ingin membayar dalam bentuk tunai dan kepada siapakah yang layak untuk saya berikan fidyah ini?

Jawapan:
Maksud Fidyah adalah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakili satu hari yang tertinggal puasa Ramadan padanya.
Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670 gram.
Contohnya si polan telah meninggalkan puasanya sebanyak lima hari, maka dia wajib membayar fidyahnya sebanyak lima cupak beras kepada fakir miskin.
Firman Allah SWT yang bermaksud: (Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)
Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.
Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Penangguhan membayar zakat akan menyebabkan fidyahnya berganda mengikut tahun. Bagi mereka yang meninggalkan puasa dengan uzur syarie, selepas itu tidak mampu menggantikan puasa tersebut maka hendaklah membayar fidyah pada tahun yang sama dengan bagi setiap hari satu cupak.
Sekiranya seseorang itu telah mengetahui bahawa dia tidak akan dapat berpuasa atas alasan-alasan syarie maka hendaklah bersegera dalam melangsaikan fidyah tanpa bertangguh.
Apabila ditangguhkan pembayaran fidyah sehingga menjelma bulan Ramadan pada tahun berikutnya maka fidyah menjadi ganda mengikut tahun.
Contohnya Abu tertinggal puasa pada tahun 2005 sebanyak 10 hari kemudian dia didapati menghidap penyakit yang sukar diubati, dan dia juga disahkan tidak boleh berpuasa maka dia hendaklah membayar fidyah pada tahun 2005 tetapi dia tidak berbuat demikian.
Namun pada tahun 2011 dia sedar bahawa fidyah bagi puasa yang ditinggalkan pada tahun 2005 perlu dibayar. Apa yang harus dilakukan oleh Abu ialah pertamanya mengira hari yang tertinggal puasa, iaitu 10 hari x dengan gandaan 5, iaitu lewat 5 tahun, maka jawapannya adalah 50 hari, setiap hari satu cupak x dengan 50 hari> 50 cupak.
Kadar satu cupak adalah nilai zakat fitrah yang dibahagikan kepada 4. Katakan zakat fitrah bagi negeri Selangor tahun 2010 adalah RM7/4>1.75. Maksudnya 50 x RM1.75> RM87.50. Begitulah seterusnya dalam pengiraan bayaran fidyah.
Namun ada yang berpendapat bahawa fidyah tidak wajib bagi mereka yang mampu berpuasa, kerana fidyah hanya dikenakan ke atas mereka yang sudah tentu tidak dapat berpuasa. Bagi mereka yang mampu berpuasa hendaklah mengqadanya bukan dengan membayar fidyah.
Namun pandangan membayar fidyah bersama qada puasa juga disetujui oleh ulama Mazhab al-Syafieyyah.
Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam memberikan keringanan (rukshah) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin.
Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin.
Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya.
Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan fidyah adalah dua perkara yang berbeza.
Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar fidyah, maka anda boleh mewakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin. Boleh juga membayar fidyah di kaunter-kaunter zakat negeri masing-masing.
sumber utusan malaysia

Thursday, July 21, 2011

TUN M..mansuh not rm1000 dan rm 500..panas

wow..memang kotor betul laa..Ini yang dikatakan oleh YB N Gobalakrishnan dalam twitternya mengenai kehilangan note RM1000 bernilai 10billion serial no zw000000001 sehingga zw100000000 ke luar negara
macamana jumlah wang yang besar dapat dipindahkan keluar negara tanpa pengetahuan pihak berkuasa?
kenapa tuduhan yang dibuat oleh YB Gobalakrishnan kepada anwar tetapi tiada tindakkan di ambil oleh anwar ibrahim sehingga kini masih menjadi tanda tanya..
apakah akan ada lagi pengbongkaran akan di buat lepas ini oleh YB Gobalakrishnan jika anwar mengambil tindakkan kepada beliau??
makin ramai rakan rakan seperjuangan anwar yang meninggalkannya membongkar segala rahsia anwar untuk rakyat..mereka sudah sedar sekarang yang perjuangan PR hanya untuk Anwar menjadi PM bukan untuk kepentingan rakyat..
banyak kot duit tu..10 keturunan boleh hidup senang lenang.
korang nilai sendiri la..
http://kedahkekl.blogspot.com/2011/07/paling-panas-note-rm1000-berjumlah-10.html

Sunday, July 10, 2011

potong gaji bagi derma

kumpulan UMW mempunyai cara tersendiri bagi mengumpul derma bagi membantu MERCY malaysia menjalankan aktiviti lemanusian dan kemasyarakatan....baca seterusnya

PASAR JANDA...

JANDA Produk Marketing Sdn Bhd (JPM) menyasarkan jualan produk utamanya iaitu Kopi Janda akan mencecah RM8 juta menjelang akhir tahun ini berbanding kira-kira RM3 juta dicatatkan pada tahun lalu.
Pengurus Besarnya, Md Zulaimi Kazim berkata, syarikat yakin untuk mencapai sasaran itu menerusi pelaksanaan beberapa strategi pemasaran yang mampu merangsang pertumbuhan penjualan produk seperti meluaskan rangkaian pengedarnya atau dinamakan sebagai Skuad Cakna Kopi Janda (Skuda Cakna).

“Ketika ini, 23 Skuad Cakna di seluruh Semenanjung Malaysia membantu syarikat memasarkan produk secara makro sekali gus memberi peluang kepada mereka menjadi usahawan.
“Sepanjang tahun lalu saja sebanyak 30 tan kopi janda dijual kepada pelanggan dan kami menjangkakan jumlah ini meningkat sehingga 100 tan dengan bantuan Skuad Cakna pada akhir tahun ini,” katanya pada majlis memperkenalkan skim keusahawanan Skuad Cakna di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, skim usahawan diperkenalkan itu memberikan pulangan komisen lebih tinggi berbanding sebelum ini termasuk menyediakan pelbagai kemudahan seperti kos pengangkutan yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.

dinar emas sebagai mata wang tunggal

Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh.

Beliau berkata mata wang negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.
"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.
Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu. - BERNAMA

Friday, July 08, 2011

Metropolis 3 kali saiz Singapura

2011/07/08

LANDSKAP Iskandar Malaysia akan mengubah wajah Johor.
LANDSKAP Iskandar Malaysia akan mengubah wajah Johor.
2,217km persegi di selatan Johor dibina hotel, hospital, Legoland

SEUMPAMA projek Lego gergasi, Malaysia kini sedang mengumpul dan mengaturkan kepingan zon pelaburannya yang menjadi sebuah metropolis tiga kali saiz Singapura.

Kawasan seluas 2,217 kilometer persegi yang diliputi kebanyakannya oleh estet getah dan kelapa sawit di selatan Johor itu kini ditukar menjadi sekolah antarabangsa, hospital, hotel, taman tema, kediaman mewah dan kawasan kewangan. Satu daripada kepingan pembangunan itu adalah taman tema Legoland.
Dijadualkan dibuka tahun depan, taman tema itu menawarkan 40 persembahan dan permainan interaktif, bersama-sama 15,000 model bangunan terkenal terdiri daripada lego gergasi. Ia adalah yang pertama daripada tiga taman tema yang dibangunkan di Iskandar Malaysia.
Dilancarkan pada 4 November 2006, Iskandar adalah satu daripada lima koridor pertumbuhan ekonomi Malaysia yang sedang dibangunkan sehingga ke dekad berikutnya.

Ia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang disasarkan untuk mengubah Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020 dengan menaikkan pendapatan perkapita kepada AS$15,000 daripada AS$6,900 pada 2009.

“Buat masa ini, sektor pembuatan menyumbang 70 peratus daripada ekonomi daerah berkenaan,” kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim.

“Kita berharap mencapai tahap kematangan pada 2025 dengan sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama.”
Jauh sekali daripada menjadi pesaing Singapura, Iskandar sebaliknya sedang memikat pelaburan dari negara jiran yang kaya itu.

Insentif termasuk kelonggaran dalam cukai korporat dan pendapatan, dan pengecualian daripada beberapa peraturan, yang mana pelabur asing dibenarkan menguasai keseluruhan kepentingan dalam perniagaan, dengan pengambilan pekerja asing berpengetahuan tanpa sekatan.

Setakat Disember lalu, ia berjaya menarik pelaburan bernilai RM69.43 bilion (AS$23 bilion), yang mana 38 peratus hingga 39 peratus daripadanya sudah direalisasikan , kata Ismail. – REUTERS

Harga emas RM202.57 segram

2011/07/08

pix_gal0
Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.
Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.