Sunday, July 10, 2011

PASAR JANDA...

JANDA Produk Marketing Sdn Bhd (JPM) menyasarkan jualan produk utamanya iaitu Kopi Janda akan mencecah RM8 juta menjelang akhir tahun ini berbanding kira-kira RM3 juta dicatatkan pada tahun lalu.
Pengurus Besarnya, Md Zulaimi Kazim berkata, syarikat yakin untuk mencapai sasaran itu menerusi pelaksanaan beberapa strategi pemasaran yang mampu merangsang pertumbuhan penjualan produk seperti meluaskan rangkaian pengedarnya atau dinamakan sebagai Skuad Cakna Kopi Janda (Skuda Cakna).

“Ketika ini, 23 Skuad Cakna di seluruh Semenanjung Malaysia membantu syarikat memasarkan produk secara makro sekali gus memberi peluang kepada mereka menjadi usahawan.
“Sepanjang tahun lalu saja sebanyak 30 tan kopi janda dijual kepada pelanggan dan kami menjangkakan jumlah ini meningkat sehingga 100 tan dengan bantuan Skuad Cakna pada akhir tahun ini,” katanya pada majlis memperkenalkan skim keusahawanan Skuad Cakna di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, skim usahawan diperkenalkan itu memberikan pulangan komisen lebih tinggi berbanding sebelum ini termasuk menyediakan pelbagai kemudahan seperti kos pengangkutan yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.

No comments:

Post a Comment