Friday, August 19, 2011

MURTAD

Zulkifli Noordin : Kes Murtad DUMC Kesinambungan Aishah Bukhori & Azalina Jailani…


(Sijil Baptism Azlina Jailani oleh Church of Our Lady Fatima, Brickfield bukti jelas pembabitan gereja memurtadkan umat Islam di Malaysia)
Salam 2 all.
Saya melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu di dalam negara ini. Sehingga ada di kalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah Kristian di kalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03 Ogos 20011 lepas.

Di kala umat Islam sedang menjalani ‘ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!’

Kes Aishah Bukhori

Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997. Di hari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir Kristian la’natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian. Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang. Ini menimbulkan syak di kalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?

Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtad nya Aishah Bukhori. Saya yang menjadi peguam kes tersebut diarak ke hulu ke hilir berceramah di atas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori. Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat. Ada penceramah PAS yang mengambil kesempatan menumpang semangkuk pentas bersama saya. Kalau tengok ceramah mereka, lagi ganas dan brutal dari saya. Siap rimbok meja, air liur bersepai-sepai terhambur dengan maki-hamun terhadap Kristian, kafir, UMNO dan kerajaan. Dan tak lupa derma jihad juga dikutip konon untuk perjuangan jihad menentang murtad.

Mana pergi duit derma jihad tu jangan tanya saya; walaupun saya tengok ada antara mereka yang boleh bertukar kereta beli rumah hasil jual kaset ceramah saya!

Dr Hassan Ali Dinista

Tapi hari ini, kaum yang rimbok meja bersembur air liur berjihad menentang murtad itu dah tukar qiblat. Hari ini mereka rimbok meja marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak murtadkan umat Islam. Pejuang tulen seperti Dr. Hasan Ali yang ikhlas mahu mencegah gejala murtad mereka tuduh sebagai agen UMNO yang dibayar oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dengan DAP dan para kafir harbi la’natullah. Sampai tugas Dr. Hasan Ali sebagai Exco Agama mereka nak hijack, mereka nak JAIS jumpa mereka terus tanpa melalui Dr. Hasan Ali, Exco yang jaga JAIS!

Malah kaum Anwarinas ini siap nak pecat Dr. Hasan Ali lagi. Dulu mereka maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini mereka maki-hamun UMNO kononnya membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad! Tak ke gila punya kerja namanya ini. Yang konsisten dalam perangai itu ialah maki-hamun! Yang penting kot mana pun UMNO dan PM mesti dimaki-hamun. Rasanya kaum Anwarinas ini kalau tidak maki-hamun UMNO dan PM sehari mereka boleh kena demam kura !

Berbalik kepada cerita gereja terlibat dalam gejala murtad, banyak bukti yang saya ada.

Murtad Aishah Bukhori Dibantu Majlis Peguam

Pertama kes Aishah Bukhori sendiri. Aishah semasa mengisytiharkan dirinya murtad kepada ayahnya Hj Bukhori melalui telefon pada 19 Oktober 1997, ketika itu, dia sedang berada di sebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Majlis Peguam (Bar Council) dalam isu murtad Aishah Bukhori. Malah, sebenarnya, murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Dialah individu yang membuat permohonan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarganya. Dalam permohonan bertarikh 28 November 1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik“untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan telah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam.”

Pada Perenggan 23, Leonard Teoh berkata bahawa Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya”. Dan Leornard mendakwa “tindakan ibu bapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Katolik“.

Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabalkan oleh PAS menjadi khalifah dalam himpunan haram 09 Julai 2011!!!

Jamaluddin Osman, Paderi Melayu Pertama
Begitu juga, kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja di dalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987. Di sebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai Paderi Melayu di bumi orang Islam ini. Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka di sebuah gereja di Petaling Jaya. Dia juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu lain menukar agama kepada agama Kristian.

Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya, Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis di bawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam yang dianggap mengancam keselamatan dalam negara. Namun, sekali lagi, Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman di bawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan, selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan umat Islam.

Kes Azalina Jailani @ Lina Joy
Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani. Saya kemukakan bukti dokumen di atas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani. Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan. Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan mereka, antara yang terlibat secara langsung dengan saya membantah murtadnya Azlina Jailani. Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustaz Hadi minta saya kemukakan 4 orang saksi pula. Ye lah, semenjak berukhwah dengan DAP ini, serban pun boleh longgar !
Saya perturunkan apa yang disebut di dalam sijil tersebut:


Certificate of Baptism:
This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.
In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit



Duty of Parents & Godparents You are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God’s Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor.Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.
Godfather: S.S. Santiago
Godmother: Rosy Doraisamy
Minister of Baptism: Joseph A. Pereira


Stamp of Church:
Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 KL

Jelas daripada sijil di atas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W).

Akhirnya, Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan hanya jika diizinkan oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasanya. Maka mengamuk sakanlah kaum kafirun dan yang sewaktu dengannya.

Gabungan NGO Bukan Islam
Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung, bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Majlis Peguam, Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), SUARAM, HAKAM, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain di negara ini.

Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu di bawah berpuluh-puluh NGO yang diketuai oleh Peguam Pembela Islam (PPI) dan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan Alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Kesatuan umat Islam itu menjadi kegerunan kepada kaum kafirun ahzab ini, maka mereka juga mengatur strategi untuk memecah-belahkan umat Islam. Sejak tahun 2006, mereka melakukan tusukan jarum halus dengan melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya mereka berjaya mempergunakan himpunan haram Hindraf untuk mencetuskan gelombang pemecahan itu, bila mana Anwar Ibrahim mengambil sikap menyokong pertubuhan haram tersebut. Ini membawa kepada beberapa insiden selepas itu dan Anwar berjaya mempengaruhi beberapa orang pimpinan PAS untuk bersamanya yang akhirnya membawa kepada munculnya kaum Anwarinas di dalam PAS yang qiblat mereka adalah kepada Anwar Ibrahim, dan bukannya kepada kepimpinan Haji Hadi.baca seterusnya..klik disini


kamarudin2u-sekadar berkongsi tentang murtad

No comments:

Post a Comment