Saturday, August 13, 2011

Ramadan Delight Babi

Menteri KDN Tidak Puas Hati Penjelasan The Star 


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Jumaat menegaskan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan akhbar The Star berhubung penyiaran sisipan khas Ramadan yang memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen tersebut.
Permohonan maaf daripada akhbar berkenaan disiarkan pada muka surat 3 edisi Jumaat.

Hishammuddin berkata, pihaknya telah memanggil Ketua Pengarang The Star Publicationuntuk memberi penjelasan berhubung artikel itu yang dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Jumaat.
Semalam Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi telah memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan tindakan akhbar itu yang dianggap tidak sensitif dengan penyiaran artikel terbabit.
Dalam sisipan dua hari lepas, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.


Permohonan maaf daripada akhbar berkenaan disiarkan pada muka surat 3 edisi Jumaat.klik di sini
 
 

No comments:

Post a Comment