Thursday, September 01, 2011

10 Carian Popular Terhangat Google Malaysia Sepanjang Ogos 2011

 

Lagu Raya / Kad Raya / Ucapan Hari Raya

Walaupun Ogos merupakan bulan Ramadhan dan kemerdekaan, tetapi ianya dilihat carian yang paling hangat sepanjang Ogos adalah carian berkenaan dengan perayaan Aidilfitri yang akan menjelang tiba. Para pengguna Malaysia telah mencari pelbagai perkara, termasuk lagu raya, kad raya dan juga ucapan raya untuk dihantar dan dikongsikan bersama-sama rakan-rakan dan keluarga mereka.

Fantasy Premier League

Dengan permulaan Liga Perdana Inggeris musim baru, para peminat juga sudah mulakan permainan bola sepak fantasi mereka untuk musim 2011/2012. Pada masa yang sama, para pemain sedia ada juga aktif menjemput rakan-rakan mereka menggunakan pelbagai laman sosial, termasuk blog dan forum.

SAPS

Salah satu sistem penilaian baru, iaitu System of Analysis for School Examination, yang mana membolehkan para guru-guru menghantarkan markah dan data peperiksaan secara atas talian.

DOTA 2

Kemaskini untuk permainan atas-talian yang diminati ramai, iaitu DOTA telah pun diperlihatkan kepada umum pada pertengahan Ogos yang lepas, dimana pembangunnya turut sama telah mengadakan sebuah pertandingan khas pada hari tersebut, yang mana turut disertai oleh wakil dari Malaysia.

Nuzul Quran

Salah satu hari kebesaran pada bulan Ramadhan, iaitu Nuzul Quran. Para pengguna telah menggunakan khidmat Google sepenuhnya untuk mencari pelbagai maklumat tambahan berkenaan dengan hari tersebut.

Iftar / Doa Berbuka Puasa

Salah satu perkara yang dicari oleh ramai sepanjang bulan Ogos adalah termasuk berkenaan dengan doa berbuka puasa, dan juga tips berkaitan dengan pembukaan puasa secara sihat dan sebagainya.

Buffet Ramadhan / Resipi

Selain daripada doa berbuka puasa dan iftar, para pengguna juga aktif mencari lokasi-lokasi yang menawarkan buffet untuk berbuka puasa, selain resipi-resipi makanan yang menarik dan sedap untuknya.

Final Destination 5

Filem terbaru daripada siri Final Desitination telah pun mula ditayangkan dipawagam seluruh negara bermula daripada Ogos 25 yang lepas.

Lee Chong Wei

Pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei meminta maaf selepas hanya mendapat tempat kedua ketika perlawanan akhir perseorangan lelaki World Badminton Championships di Arena Wembley di London yang lepas. Namun begitu, mensasarkan untuk mendapatkan emas ketika Olimpik dan mensasarkan World Championship pada tahun 2013 sebelum bersara.

Jejari Runcing

Khairul Fahmi, iaitu pemain bola sepak kebangsaan telah pun memutuskan pertunangan dengan penulis blog Jejari Runcing, iaitu Aimie Harmelia, disebabkan oleh pihak ketiga.


kamarudin2u-popular ke?

No comments:

Post a Comment