Beginikah Wajah Dajjal |
-------------------------------------------------------*-------------------------------------------------------
" Dari Abdullah Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda “Ketika
saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan tawaf di Kaabah, lalu ada
seorang berambut lebat yang meneteskan air dari kepalanya, lalu aku
tanyakan siapakah ini, mereka menjawab, ”Ibnu Maryam as”, kemudian aku
berpaling dan melihat seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah,
berambut keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah
anggur yang masak (tak bersinar). Mereka mengatakan, ”Ini Dajjal”. Dia
adalah orang yang paling mirip dengan Ibnu Qathn, seorang laki-laki dari
Khuza’ah.” [HR al-Bukhari, dan Muslim].Gambaran Dajjal Mengikut Hadis |
Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal
itu matanya terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir,
kemudian beliau mengejanya, kafir yang boleh dibaca oleh setiap orang
muslim dan di antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir” (HR Muslim)
Pada
hadis pertama di atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, iaitu
postur tubuhnya gemuk, kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta,
matanya seperti buah anggur yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan
ciri yang lain, iaitu tertulis huruf kafir di antara kedua matanya.
Tanda itu boleh difahami oleh setiap muslim baik yang boleh membaca
maupun yang buta huruf."
----------------------------------------------------*----------------------------------------------------------
Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan
menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu
persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya
terkandung dalam surah al-Hajj:47“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung...”; al-Hajj:47
Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.
“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”; al-Yunus:5
Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah:
iklan |
1 hari = Setahun = 1,000 tahun
1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun
1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun
Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:
353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa
Walau bagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis).
Gambaran bangsa Yajuj & Majuj |
Taburan dan asal Yajuj & Majuj |
Sea Of Galilea yang kian surut |
Sea Of Galilea pemandangan dari udara |
Sea Of Galilea peta kedudukan |
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.
(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15
kamarudin2u- dunia dah tenat..dajjal muncul dari pertembungan arus sejuk dan panas..
No comments:
Post a Comment