Saturday, October 15, 2011

Teladan: Kisahku Sebagai Seorang Scamme


Aku berumur 28 tahun. Tujuan aku nak share dengan rakan-rakan tentang kisah hidup aku sehingga aku merasakan diri aku ni sebagai seorang scammer.


Ringkasan:

Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Ayah aku pesara tentera, mak aku surirumah. Aku ada 5 org adik beradik dengan 2 org masih lagi seorang pelajar. Dari kecil kami disajikan dengan kehidupan kais pagi makan makan pagi, kais petang makan petang...
gambar hiasan



Walaupun begitu, aku merupakan seorang pelajar yang agak pintar dalam pelajaran. UPSR 4A, PMR 8A 1B, dan SPM 4A5B1C. Boleh la tu kot...Selepas tu aku ditawarkan ke program matriks KPM dan sambung ijazah di UPM selama 3 tahun.

Selepas tamat belajar, aku mula mencari peluang pekerjaan. 1st job, aku dapat jawatan credit controller di sebuah kolej swasta. Then, setelah aku rasa boring aku resign then aku pergi kursus usahawan tani kononnya utk menyediakan diri menjadi petani berjaya di bawah kendalian Jabatan Pertanian atas nama program ladang rakyat. Setelah habis kursus selama 6 bulan, aku ditawarkan sebidang tanah seluas 15 ha utk diusahakan. Namun, atas sebab kekangan modal, aku terpaksa tolak tawaran tersebut memandangkan kebetulan aku telah mendapat offer drp sebuah company konglomerat GLC sebagai Assitant Manager.

Gaji agak besar, simpanan paling kuang 1000 sebulan, bagi mak bapak 500, kereta 500, ptptn 300, dan selebihnya belanja makan minum aku termasuk enjoy dan entertainment.

Setelah 2 tahun bekerja, simpanan aku hampir mencecah 30k, aku pun mula berkira-kira nak kawin. Memang 30k sgt2 mencukupi utk berkahwin, tapi sebab manusia tu tamak, aku telah buat loan sebanyak 35k dengan bank Islam dan aku kena bayar balik sebanyak 60 K dalam tempoh 10 tahun. Maknanya sebulan RM468. Amaun tu tak banyak masalah kepada aku. 15k aku belanja utk apa yang patut, 20k aku topup kat akaun 30k aku utk jadikan 50k khas utk akaun kawin.

Bila dah buat loan, rekod pun ada kat bank, bayar cantik, mulalah diorang offer aku credit card. Xpela, aku accept je la credit card, kalau tak guna x kena bayar apa2pun. Simpan sekadar standby kot2 ada emergency.

Kesempitan hidup bermula...

Utk makluman pembaca, boleh dikatakan aku ni buta IT pada ketika cerita ini. Kisah kesempitan hidup aku bermula pada bulan Julai 2009. Aku telah mendapat 1 email dari Maybank berkaitan akaun aku suspended dikatakan ada org telah menceroboh ke dalam akaun aku. Aku dikehendaki log in ke dalam akaun bank menerusi link yang dia beri. Aku request TAC number, then, aku update akaun aku seperti yang diminta oleh email tersebut. Then, keluar notis di web maybank2u mengatakan akaun aku akan diaktifkan dalam masa seminggu.

Selepas seminggu, aku log in, dan mendapati duti sebanyak 50k lesap begitu saja dan yang tinggal hanyalah sejumlah RM 1.40 kalau tak silap aku. Masa ni Tuhan saja tau mcmana perasaan aku, buat kerja itu ini tak jadi. Kerja tak siap, ponteng kerja, ikut suka hati aku nk datang kerja aku datang, kalau malas aku tak datang. Aku panjat BNM, panjat Maybank, buat police report, report PIDM, ambil lawyer...Kes pun bermula.

Dalam pada itu, mak bapak aku dapat surat rasmi dari company aku mengatakan aku di charge absconded selepas 3 hari berturut-turut aku tak dtg kerja. Sebelum tu pun memang aku byk kali terima surat amaran dr company, show cause letter...tapi aku x layan. Kes aku lg berat beb. benda-benda tu semua perkara kecik je...

Akhirnya, selepas DI dilakukan, aku ditamatkan perkhidmatan serta merta tanpa kompromi. Aku pun mula hilang arah.

Aku cari cara bagaimana nk cari balik at least 30k utk majlis kawin aku lagi 2 bulan. Masa ni lah aku kenal dengan pelaburan forex. Kaji punya kaji aku khatam gak secara asas berkaitan trading forex online dan dibantu oleh seorang otai forex. Cuma modal menjadi masalah.

Aku terfikir yang aku ada kad kredit. Aku withdraw semua sekali sebanyak 6k utk aku laburkan dalam forex.
Ketika itu, aku rasa bersyukur sgt diketemukan dengan forex. Aku dapat rasakan masalah aku akan selesai. Namun berapa lah sgt yang aku boleh dapat dalam masa sebulan. Akhirnya aku dapat bersih 12k. Cukup2 utk duit hantaran ngan mas kawin.

Aku mula tertekan sekali lagi. Belanja utk kawin nak cekau mana. Org semua dah dijemput. Pihak perempuan dh siap persediaan. Takkan aku nak cancelkan pulak. Aku terfikir nak lari. Tapi nak lari ke mana...Atas cadangan kawan aku, aku tebalkan muka pinjam sket2 ngan member2 aku. Akhirnya aku dapat 5k. Actually tak cukup sebenarnya. Mak aku pulak nasib baik dah awal2 buat pinjaman dengan AIM sebanyak 10k. Akhirnya majlis kawin aku dapat berjalan.

sekadar hiasan

Selepas kawin....2010

Sebenarnya masalah besar bermula dari sini. Kalau aku tau, memang aku cancelkan je perkahwinan aku...Bukan menyusahkan aku, tapi melibatkan bini aku dan keluarga diorang jugak. Actually diorang x tau pun yg aku ni menganggur kecuali bini aku.

Macam2 kerja aku apply...tapi satu pun tak respons..kena blacklist ke...wallahu a'lam. Nak main forex, modal pun xde. Last2 aku kerja kedai makan. Bolehla 25ringgit sehari. Tapi x cukup utk bayar komitmen aku sebulan. So aku lupakan je la komitmen aku dgn bank. Hidup pindah randah nak elak bank cari.

Bulan 3, surat smpai ke rumah mak bapak aku, arahkan aku ke mahkamah utk kes saman bank berjumlah RM60000 sbb loan yg aku buat sebelum ni....aku tak pegi pun, mana ada duit. Aku ngan bini aku memencilkan diri. Kalau boleh biar semua org x tau aku dok mana....

Bila dh lari sana, lari sini, kerja pun susah nk dapat....tapi Alhamdulillah bini aku dh dapat kerja dulu...kontrak pun kontrak la.....aku pulak, x dapat2 kerja..mintak kerja stor pun org taknak bagi...walaupun aku kelentong sana sini aku belajar sampai SPM pun, diorang x percaya...minta kerja best2, jangan harap la...

Satu ketika, kami dh terdesak sgt smpai pinjam dengan ah long sebanyak 5k...guna nama aku...palsukan dokumen tu ini...dah dapat, aku pindah...smpai sekarang aku x bayar satu sen habuk pun walaupun aku memang dh pasang niat aku akan bayar balik duit pinjaman tu tp x tau bila...smpai sekarang aku masih selamat lagi...

Duit tu abis mcm tu je...bayar kete bini aku yg dh kena tarik, den belanja dapur, pastu abis...

Utk masa2 akan datang??? Aku yang lepak kat rumah ni, hari2 memikirkan camana cara nak maintain duit...aku study online internet marketing...join sana join sini...mula la belajar spam email org sana sini smpaikan email menteri2 pun aku spam...tapi habuk pun tarak...

Brmula hidup aku mencipta program aku sendiri utk dapatkan duit...ikut plan memang cantik...visi aku, aku nk dapatkan at least 4k utk trade forex...mulalah aku aktif berforum poyo sana poyo sini nk cari pelanggan..aku guna previous statement aku menunjukkan aku power dalam forex...Memang ramai berminat, tapi setakat minat je...yang melabur, adalah dalam 4-5 org sebulan...dapatlah 500...50 aku masuk akaun forex, 450 aku belanja utk hidup...akaun 50 total loss...sbb main tamak dan main dalam tekanan nk kejar target...last2 duit abis mcmtu je...

Smpai sekarang aku cari duit cara macamtu...Aku masih mengharapkan aku akan dapat modal yg byk utk aku trading forex...tapi tak dapat pun..sebulan dapatlah 100...100 tu aku buat belanja utk je...gaji bini aku pun 1200...bayar kereta bayar rumah, ilekkk...sambil2 tu aku keluar jugak cari kerja...tapi x tau apa bala timpa kat aku, satu kerja pun x dapat...minta kerja kontrak kat alam flora pun x dapt...Kes duit aku hilang pun, dah kalah bulan 5 aritu...

Sekarang, beban bertambah...anak pun dah ada sorang...belanja utk anak lagi banyak berbanding belanja utk kami berdua...Org kata ada anak, rezeki murah..tapi aku tak nampak pun mana rezeki tu...

Kadang-kadang, aku ada send spam email minta bantuan pinjaman...kadang2 100 kadang2 50...setiap 1000 email yang aku dapat ada la jugak insan baik hati yang tolong bagi pinjam...ada lah paling ramai pun 2 orang...dapat la 200...yang lain2 semua pukimak kan aku, mencelakakan aku kononnya aku nak scam duit korang smpai licin...

Settlement aku ngan bank totally bernilai RM170000..loan personal, kereta, kad kredit, ptptn....aku masih lagi lepas dicari oleh bank...x tau la status aku sekarang...dh muflis ke...mungkin dh keluar waran mahkamah kot...x tau la...

Smpai skrg dan di saat ini, masih lagi aku x de rezeki...aku berserah je...aku pn dah tak sanggup lagi rasanya hidup mcm ni..harapkan keajaiban je...

Scammer kah aku??

Aku tau apa yang aku buat selama ni salah....dan aku janji pada diri aku aku akan bayar balik apa yang aku dah ambil dari hak org samada aku janjikan pelaburan atau pinjaman...aku memohon pada Allah agar nyawa aku tidak ditarik ketika aku belum selesai membayar hutang di luar sana...aku masih lagi simpan no akaun bank org2 yang aku ambil duitnya...satu hari aku akan bayar balik...kalau boleh jumlah yang seperti aku janjikan....Aku harap apa yang aku bagi pada anak dan bini aku tu halal...biar lah aku sorang je yang tanggung haram tu kalau mereka mengharamkan duit mereka utk aku...tapi jauh disudut hati aku, apa yang aku peroleh ni akan jadi halal dengan cara aku membayar balik duit yang aku pinjam....Dengan ilmu yang aku ada, skill yang ada aku harap satu hari aku akan berjaya....

Penutup..


Harap sahabat-sahabat semua dapat jadikan pengajaran dan iktibar...

Aku rela terima makian dan pada masa yang sama aku harapkan khidmat nasihat dari sahabat semua...

maki_lah_aku@yahoo.com

sumber-disini


iklan


kamarudin2u-sekadar sharing -mana yang nak tolong kewangan atau pendapat sila direct pada alamat email kat atas..



No comments:

Post a Comment